Dibawah adalah produk-produk IM yang saya gunakan di dalam perniagaan dan pemasaran internet
saya:
Membina Laman Web Utama dan Website-website
lain
Bagi tujuan membina laman web, saya menggunakan XSitePro 2. Saya telah mendapatkan software ini sejak versi 1.0
dan kini menggunakan XSitePro 2 (versi terkini 2.131e).
Kelebihan menggunakan XSitePro 2 untuk membina laman web:
- Mudah - tak perlu tahu HTML untuk bina laman web. Newbie pun senang nak guna.
- Cepat - sebab fungsinya senang digunakan, laman web dapat dibina dengan lebih cepat
berbanding dengan menggunakan Dreamweaver, Kompozer atau NVU.
- Ada fungsi SEO - penting untuk dapat ranking baik di listing enjin carian (search engine
listing).
- Berbagai skrip dah pre-install. Pilih saja mana nak guna. Ada skrip untuk
letak masa, tarikh, bunyi dan sebagainya.
- Adsense-ready. Senang nak integrasikan kod Adsense pada laman web.
- Easy-FTP. Senang nak upload website bila dah siap design. Klik butang je. Tak payah guna
Filezilla atau FTP program lain.
- WYSIWYG (what you see is what you get). Ini paling penting untuk saya. Saya paling bosan
guna Kompozer/NVU sebab kadang-kadang laman web yang direka di PC tak nampak sama bila dah upload ke
internet.
Anda boleh lihat screenshot contoh laman web yang saya pernah bina dengan XSitePro di sini: Websites built with XSitePro
Sekarang dengan XSitePro versi 2, anda boleh lihat contoh laman web terkini di
Homepage saya: www.pemasaraninternetmalaysia.com. Saya sentiasa membina laman
web utama saya dengan XSitePro 2.
KLIK DI SINI untuk melihat Video XSitePro 2
KLIK DI SINI untuk download Brochure tentang XSitePro 2
Membina Blog
Saya guna skrip di Wordpress.org untuk membina kesemua blog-blog saya. Kelebihan menggunakan
skrip Wordpress.org:
- Percuma!
- Full-control keatas blog. Dulu saya pernah guna Blogspot.com dan sebagainya. Yang paling tak tahan bila
Blogspot.com suspend dan delete blog saya tu. Dengan skrip Wordpress.org yang saya host ke hosting saya
sendiri, saya dapat menguasai hampir kesemua aspek blog saya.
- Banyak template-template untuk skrip Wordpress.org. Tapi, kalau nak blog kita nampak lain atau profesional
sikit, boleh gunakan premium template dan custom template.
- Plugins - blog ni saja pun guna lebih dari 10 plugins. Plugins menambahkan lagi fungsi blog kita dan
membuatnya lagi canggih.
- Dulu-dulu kalau nak upgrade skrip wordpress.org ni, saya selalu buat secara manual (saya tak suka guna
installer kat cPanel tu sebab saya suka ubah koding skrip ni). Sekarang ni, saya klik je butang di bahagian
Admin dan ia terus upgrade. Walaupun saya ubah apa-apa, ia tetap kekal.
- Skrip untuk blog ini sentiasa diupdate dan ia open-sourced.
KLIK DI SINI untuk download skrip blog Wordpress.org.
Hosting untuk Laman Web dan
Blog
Saya pernah menggunakan hosting di syarikat-syarikat tersebut:
- Hostgator
- Kiosk Hosting / GVO
- Exabytes
|