Welcome to the Pemasaran Internet Malaysia .com
This website/blog is on internet marketing in Malaysia, written 80-85% in the Malay Language
and some parts in English. Our website is
constantly changing as we build it to accomodate new features on internet marketing.
This website welcomes everyone from all races, from all around the World, not just Malaysia,
Singapore, Brunei or Indonesia. Everyone is welcomed to surf this site!
Selamat datang ke Website Pemasaran Internet Malaysia.com
Website/blog ini adalah mengenai pemasaran dan bisnes internet dan ditulis
80-85% dalam Bahasa Melayu dan sebahagiannya dalam bahasa Inggeris. Website kami
sentiasa berubah-berubah bagi menempatkan ciri-ciri baru berkenaan pemasaran internet di Malaysia.
Website ini dinamakan "Website Pemasaran Internet Melayu" kerana kebanyakkan penulisannya adalah
dalam bahasa Melayu.
Website ini mengalu-alukan kehadiran pengunjung dari berbagai kaum dari serata dunia, bukan hanya
dari Malaysia, Singapura, Indonesia atau Brunei sahaja. Semua orang dijemput melayarinya!
Apakah Pemasaran Internet (Internet Marketing)?
Pemasaran internet merujuk kepada segala aktiviti untuk memasarkan produk atau perkhidmatan
melalui medium internet dan merangkumi berbagai teknik khusus termasuk pembinaan laman web jualan, shopping cart
jualan, pemprosesan bayaran melalui internet, 'search engine optimization' (SEO), penjanaan trafik ke laman web,
pengiklanan dan proses pemasaran itu sendiri.
Apakah yang boleh dijual melalui Pemasaran
Internet?
Apa-apa sahaja asalkan produk tersebut boleh dijual di internet dan ada yang akan membelinya
online. Ramai usahawan internet telah menjual produk dan perkhidmatan mereka seperti ebook, software, khidmat
freelance (grafik, penulisan, programming), produk affiliate (untuk mendapat komisyen jualan), gelang, kasut dan
produk-produk dari eBay.
Apakah bahaya pemasaran internet kepada PEMBELI?
Seperti mana-mana perniagaan, sama ada di alam maya internet ataupun di alam nyata, memang pasti
wujudnya segelintir manusia yang akan menyalahgunakan internet untuk menipu (con), menjalankan aktiviti penipuan
(fraud) dan menganggu ketenteraman awam. Teknik-teknik yang digunakan didalam pemasaran internet juga telah
digunakan secara berleluasa oleh mereka yang menjalankan aktiviti larangan seperti penjualan skim cepat kaya,
bahan lucah, aktiviti perjudian dan sebagainya.
Anda dinasihatkan agar berwaspada dan tidak mengunjungi laman web yang menjalankan aktiviti
larangan seperti penjualan skim cepat kaya, bahan lucah, aktiviti perjudian dan sebagainya.
Jika anda curiga atau was-was dengan penjualan sesuatu produk, sama ada di sebuah laman web atau
forum, elakkan dari membelinya. Selidiki dulu laman web berikut, latar belakang penjual dan produk yang
ditawarkan. Gunakan payment processor seperti PayPal, khidmat escrow dan sebagainya kerana anda boleh mendapat
wang anda kembali (refund), jika produk atau perkhidmatan tidak memuaskan.
Apakah bahaya pemasaran internet kepada PENJUAL?
Sebagaimana terdapat bahaya untuk pembeli di internet, terdapat juga bahaya bagi mereka yang
menjual barangan online.
Bahaya #1: Masalah ditipu pembeli: ada juga segelintir pembeli yang cuba menipu penjual dengan
tidak membayar sepenuhnya untuk produk atau perkhidmatan yang diterima.
Bahaya #2: Masalah penggodam: Blog-blog yang jarang dikemaskinikan (update), penggunaan
skrip-skrip yang tidak 'secured' dan sebagainya memudahkan laman web diceroboh.
Bagaimana hendak memastikan perniagaan internet anda tidak menyalahi
undang-undang:
-
Jangan melibatkan diri dengan jualan atau pemasaran produk-produk atau perkhidmatan berkaitan penjualan
skim cepat kaya, bahan lucah, aktiviti perjudian dan sebagainya.
-
Jika anda ragu-ragu tentang sebuah program affiliate atau program referral, elakkan dari menyertainya.
-
Sentiasa bersikap jujur, berterus-terang dan amanah dengan bakal pembeli dan pembeli.
-
Berikan maklumat yang berfaedah kepada pengunjung laman web anda.
Adakah saya SESUAI untuk menjalankan perniagaan secara online melalui
kaedah pemasaran internet?
-
Anda mesti tahu menggunakan komputer atau laptop dan aksesori berkaitannya, seperti modem, penyambungan
ke internet dan sebagainya.
-
Anda mesti tahu cara back-up laman web dan dokumen-dokumen anda pada PC dan pada internet.
-
Anda mesti RAJIN dan SUKA BELAJAR PERKARA BARU.
-
Anda mesti ada 'initiative' sendiri untuk belajar tentang web design, programming, SEO dan apa-apa
berkaitan laman web dan internet.
-
Anda mesti kuat semangat dan tidak mudah berputus asa (walaupun tidak ada pembeli atau dimarah pembeli
atau digodam berkali-kali.)
-
Sebaik-baiknya anda SUKA duduk di hadapan komputer berjam-jam untuk membina laman web, mengemaskini
laman web, mencipta produk, memantau laman web dan back-up data anda.
-
Anda mesti ADA MASA untuk berada di hadapan PC anda, memantau laman web dan jualan anda dan memastikan
semua dalam keadaan baik.
Jika anda malas, malas membaca, malas nak bina laman web atau blog atau tidak suka melayari
internet atau tidak ada masa untuk melayari internet, saya cadangkan anda TIDAK melibatkan diri
dalam bidang pemasaran internet tetapi memasarkan produk anda di dunia yang nyata (offline).
Anda hanya akan KERUGIAN WANG dan MASA dan TENAGA jika TERSILAP
marketing. INTERNET MARKETING TIDAK MUDAH DAN TANPA
PENGETAHUAN DAN USAHA YANG GIGIH, ANDA TIDAK AKAN JADI KAYA SERTA-MERTA.
|
Semua dibawah ini adalah PERCUMA. Anda tidak perlu memberi email anda atau login-in
mana-mana untuk mendownload dokumen-dokumen tersebut. Dokumen adalah berbentuk PDF dan
anda memerlukan Adobe Reader untuk membacanya. Download Adobe Reader secara percuma di
sini:

Adobe Reader
|

|